KURSUS GRAFIK & FOTOGRAFI (3+1 Hari)

When:
November 10, 2020 @ 10:00 am – November 13, 2020 @ 4:00 pm
2020-11-10T10:00:00+08:00
2020-11-13T16:00:00+08:00
Where:
Eco Somerset Shop Office Eco Sanctuary
Kursus ini terbagi kepada dua bahagian dimana, pada 3 hari pertama para perserta dapat menpelajari ilmu mengenai rekaan grafik, yang lebih kepada penggunaan software Adobe Photoshop dan Adobe Ilustrator. Manakala pada hari keempat pula, para peserta dapat mempelajari ilmu Fotografi.
Kelebihan kepada pakej ini adalah para peserta dapat memilih sama ada mereka ingin hadir kepada kedua-dua topik yang disediakan atau para peserta boleh memilih satu sahaja mengikut pilihan yang diberi.
Antara pakej yang disediakan ialah :-
Pakej A
* Nama : Kursus Grafik
* Tarikh : 10 November 2020 – 12 November 2020
* Masa : 10 Pagi – 4 Petang
* Kursus : Adobe Photoshop & Adobe Ilustrator
* Lokasi : Naxskill Office, Eco Sanctuary, Selangor
* Harga : RM860.00
Pakej B
* Nama : Kursus Grafik + Kursus Fotografi
* Tarikh : 10 November 2020 – 13 November 2020
* Masa : 10 Pagi – 4 Petang
* Kursus : Adobe Photoshop & Adobe Ilustrator, Kursus Fotografi
* Lokasi : Naxskill Office, Eco Sanctuary, Selangor
* Harga : RM1110.00

KETERANGAN KURSUS: Kursus ini merangkumi semua ciri utama Photoshop pada versi terbaru Photoshop Creative Cloud, termasuk imej komposit, membuat pembetulan warna pada imej, pemahaman resolusi, membuat montaj, menggunakan penapis Photoshop, bekerja dengan lapisan dan saluran dan menyediakan imej untuk gunakan dalam cetak dan web.

Manakala, Adobe Illustrator CC  ini pula  akan memberi anda pemahaman yang baik tentang cara pencetakan yang lebih mendalam. Ia lebih sesuai digunakan kepada sesiapa yang in belajar mengenai, margin, ketetapan projek dan lain-lain.

 

APA YANG ANDA AKAN PELAJARI:

  • Asas alatan Adobe Photoshop dan Adobe Ilustrator
  • Cara mengedit gambar
  • Mengimport media
  • Lukisan dan bentuk
  • Reka Bentuk Tipografi
  • Reka Bentuk Cetak Poster
  • Reka Banner Web
  • Reka Bentuk Facebook Post
  • Reka bentuk grafik

Prinsip Reka Bentuk Grafik:

  • Kontras : Prinsip kontras mengatakan bahawa jika 2 item tidak serupa, maka perbezaan itu hendaklah diperlihatkan dengan ketara seperti warna hitam dan warna putih. Idea utama di sebalik kontras adalah untuk mengelakkan unsur di dalam suatu muka surat kelihatan hampir sama. Kontras ada kaitan dengan imej, warna dan tipografi.
  • Seimbang : Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk.
  • Warna : Warna adalah asas reka bentuk yang penting dan menentukan suasana keseluruhan reka bentuk. Warna yang anda pilih mewakili jenama anda dan nada.
  • Tipografi : Tipografi adalah salah satu tonggak utama reka bentuk, dan ia banyak menyebutkan tentang jenama atau karya seni ketika dilaksanakan secara bergaya atau bahkan disesuaikan. Kadang-kadang, ‘taip’ adalah yang anda perlukan untuk menunjukkan konsep reka bentuk anda.
  • Simplisiti : Simplisiti bermaksud  sesuatu rekaan   haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.
  • Penyatuan : Penyatuan ialah perhubungan yang lahir di antara elemen-elemen visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu kesuluruhan. Dengan kata lain, elemen-elemen seperti penghurufan, warna, bahan-bahan lain hendaklah saling melengkapi di antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan.
  • Penekanan : Penekanan merupakan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan visual, objek  atau item utama  mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya.
  • Pengulangan : Pengulangan adalah elemen reka bentuk yang mendasar, terutama dalam soal penjenamaan. Ini menghasilkan irama dan menguatkan keseluruhan reka bentuk dengan mengikat elemen yang konsisten seperti logo dan palet warna, menjadikan jenama atau reka bentuk dapat langsung dikenali oleh penonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp chat
Skip to toolbar